APA ITU ILC ?

Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU. Selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri, kemahiran Independent Living (IL) diberikan agar OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. OKU juga mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan diberi penghormatan sebagai individu dalam masyarakat.

ILC terbuka kepada semua OKU terutama yang tinggal berhampiran dan dalam kalangan OKU yang mengalami kecacatan / kurang upaya tahap teruk (severe impairment). Pusat ini juga mensasarkan OKU yang ingin memulakan kehidupan secara berdikari, yang telah lama berada dalam sesebuah institusi atau di bawah jagaan ahli keluarga.

ILC ditubuhkan selaras dengan RMK-11 (2016-2020) di mana penubuhan 7 buah ILC dinyatakan di bawah Strategi B6, Memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU). Sehingga akhir tahun 2020, sebanyak tujuh (7) buah ILC dapat ditubuhkan di mana dua (2) buah ILC telah beroperasi pada 2019 dan lima (5) buah ILC lagi ditubuhkan pada September 2020.

APA TUJUAN ILC DITUBUHKAN ?

Daripada OKU untuk OKU

Melatih OKU Berdikari
(Meminimumkan Kebergantungan terhadap orang lain)

Penghormatan Diri

BEBAS Membuat Piihan dan Keputusan Sendiri
(Bertanggungiawab atas keputusan yang dibuat)

APA PERKHIDMATAN ILC ?

Kaunseling Rakan Sebaya (Peer Counseling)
– Di setiap ILC perlu menyediakan perkhidmatan Kaunseling Rakan Sebaya (KRS) diketuai OKU

Program Hidup Berdikari (Independent Living Programme)
– Program ini perlu dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mempunyai pengalaman di dalam menempuhi liku-liku kehidupan untuk menyokong dan memberi semangat kepada OKU lain untuk terus hidup berdikari.

Pembantu Peribadi (Personal Assistant)
– Perkhidmatan Pembantu Peribadi (PA) merupakan perkhidmatan yang penting untuk mendorong dan menyokong kehidupan berdikari bagi OKU yang mengalami kecacatan yang teruk.
– PA menjalankan tugas untuk membantu OKU ini mengurus diri seperti membuang air, mandi, memakai pakaian, mengemas rumah, membeli belah, menjaga anak, dan membantu mewujudkan jaringan sosial seperti membawa mereka menziarahi kaum keluarga, jiran-jiran dan sebagainya.

Perkhidmatan Sokongan, Informasi Dan Advokasi
– ILC juga adalah pusat di mana OKU boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bantuan, pekerjaan, akta dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan OKU serta khidmat nasihat untuk berurusan dengan agensi kerajaan.

Tuan/Puan.

Sumbangan anda adalah mustahak untuk kami.

Skip to content