ILC Permai UUM
APA TUJUAN ILC DITUBUHKAN
WHAT IS THE PURPOSE OF ILC ESTABLISHED
Daripada OKU untuk OKU
From OKU for OKU
Melatih OKU Berdikari
Train the disabled
(Meminimumkan Kebergantungan terhadap orang lain /
Minimizing Dependence on others)
Penghormatan Diri
Self Respect
BEBAS Membuat Pilihan dan Keputusan Sendiri Make Your Own Choices and Decision)
(Bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat / Responsible for decisions made)
APA PERKHIDMATAN ILC
WHAT ARE ILC SERVICES
Kaunseling Rakan sebaya (Peer Counseling)
Di setiap ILC perlu menyediakan perkhidmatan kauseling Rakan Sebaya (KRS) diketuai OKU.
Each ILC needs to provide peer counseling services (KRS) led by the disabled.
Program Hidup Berdikari (Independent Living Programme)
Program ini perlu dijalankan oleh Pembimbingan Rakan Sebaya (PRS) yang mempunyai pengalaman di dalam menempuhi liku-liku kehidupan untuk menyokong dan memberi semangat kepada OKU lain untuk terus hidup berdikari.
This program needs to be run by Peer Guidance (PRS) who have experience in going through the twists and turns of life to support and encourage other disabled people to continue living independently.
Perkhidmatan Sokongan, Informasi Dan Advokasi Support, Information And Advocacy Services
– ILC juga adalah pusat di mana OKU boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bantuan, pekerjaan, akta dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan OKU serta khidmat nasihat untuk berurusan dengan agensi kerajaan.
The ILC is also a center where the disabled can obtain information on assistance services, employment, government acts and policies related to the disabled as well as advisory services for dealing with government agencies.
Pembantu Peribadi (Personal Assistant)
– Perkhidmatan Pembantu Peribadi (PA) merupakan perkhidmatan yang penting untuk mendorong dan menyokong kehidupan berdikari bagi OKU yang mengalami kecacatan yang teruk .
Personal Assistant Services (PA) is an important service to encourage and support independent living for disabled people with severe disabilities.
SENARAI ILC MALAYSIA
ILC list in Malaysia
Independent Living Centre (ILC) merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU. Selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri, kemahiran Independent Living (IL) diberikan agar OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. OKU juga mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan diberi penghormatan sebagai individu dalam masyarakat.
Independent Living Center (ILC) is a center that offers basic services to empower the disabled. In addition to focusing on aspects of self-determination of goals, Independent Living (IL) skills are given so that PWDs are better prepared to start an independent life. The disabled also have full responsibility for themselves and are respected as individuals in society.