APA ITU ILC ? WHAT IS ILC?

Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) merupakan pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan OKU. Selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri, kemahiran Independent Living (IL) diberikan agar OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari. OKU juga mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan diberi penghormatan sebagai individu dalam masyarakat. ILC terbuka kepada semua OKU terutama yang tinggal berhampiran dan dalam kalangan OKU yang mengalami kecacatan / kurang upaya tahap teruk (severe impairment). Pusat ini juga mensasarkan OKU yang ingin memulakan kehidupan secara berdikari, yang telah lama berada dalam sesebuah institusi atau di bawah jagaan ahli keluarga. ILC ditubuhkan selaras dengan RMK-11 (2016-2020) di mana penubuhan 7 buah ILC dinyatakan di bawah Strategi B6, Memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU). Sehingga akhir tahun 2020, sebanyak tujuh (7) buah ILC dapat ditubuhkan di mana dua (2) buah ILC telah beroperasi pada 2019 dan lima (5) buah ILC lagi ditubuhkan pada September 2020.

The Independent Living Center (ILC) is a center that offers basic services to empower the disabled. In addition to focusing on aspects of self-determination of goals, Independent Living (IL) skills are given so that PWDs are better prepared to start an independent life. The disabled also have full responsibility for themselves and are respected as individuals in society. ILC is open to all PWDs, especially those who live nearby and among PWDs with severe impairment. The center also targets disabled people who want to start living independently, who have been in an institution for a long time or under the care of family members. The ILC was established in line with RMK-11 (2016-2020) where the establishment of 7 ILCs was stated under Strategy B6, Empowering the Disabled (OKU). Until the end of 2020, a total of seven (7) ILCs can be established of which two (2) ILCs have been operational in 2019 and five (5) more ILCs were established in September 2020.

APA TUJUAN ILC DITUBUHKAN ? WHAT IS THE PURPOSE OF THE ILC ESTABLISHED?

Daripada OKU untuk OKU / From OKU for OKU

Melatih OKU Berdikari / Training disabled people to be independent
(Meminimumkan Kebergantungan terhadap orang lain / Minimize Dependence on others)

Penghormatan Diri / Self Respect

BEBAS Membuat Piihan dan Keputusan Sendiri / Free to make your own choices and decisions 
(Bertanggungiawab atas keputusan yang dibuat / Accountable for decisions made)

APA PERKHIDMATAN ILC ? WHAT ARE ILC SERVICES?

Kaunseling Rakan Sebaya (Peer Counseling)
– Di setiap ILC perlu menyediakan perkhidmatan Kaunseling Rakan Sebaya (KRS) diketuai OKU / Each ILC needs to provide a Peer Counseling service (KRS) led by the disabled

Program Hidup Berdikari (Independent Living Programme)
– Program ini perlu dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mempunyai pengalaman di dalam menempuhi liku-liku kehidupan untuk menyokong dan memberi semangat kepada OKU lain untuk terus hidup berdikari / This program needs to be run by Peer Counselors (PRS) who have experience in going through the twists and turns of life to support and encourage other disabled people to continue living independently.

Pembantu Peribadi (Personal Assistant)
– Perkhidmatan Pembantu Peribadi (PA) merupakan perkhidmatan yang penting untuk mendorong dan menyokong kehidupan berdikari bagi OKU yang mengalami kecacatan yang teruk / Personal Assistant Services (PA) is an important service to encourage and support independent living for disabled people with severe disabilities.
– PA menjalankan tugas untuk membantu OKU ini mengurus diri seperti membuang air, mandi, memakai pakaian, mengemas rumah, membeli belah, menjaga anak, dan membantu mewujudkan jaringan sosial seperti membawa mereka menziarahi kaum keluarga, jiran-jiran dan sebagainya / PA carry out tasks to help the disabled take care of themselves such as defecating, bathing, dressing, tidying the house, shopping, taking care of children, and helping create social networks such as taking them to visit family members, neighbors and so on.

Perkhidmatan Sokongan, Informasi Dan Advokasi / Support, Information And Advocacy Services 
– ILC juga adalah pusat di mana OKU boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bantuan, pekerjaan, akta dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan OKU serta khidmat nasihat untuk berurusan dengan agensi kerajaan / The ILC is also a center where people with disabilities can get information about assistance services, jobs, government acts and policies related to people with disabilities as well as advisory services for dealing with government agencies.

Sumbangan anda amatlah dihargai !

Skip to content